Gembiranya hati menerima hadiah satu pasang kasut Nike daripada anak yang sedang praktikal; intern di anak syarikat Petronas. Saya sendiri terlalu sayang untuk membeli sepasang kasut hampir mencecah Rm400. Rasanya amat boros untuk meletakkan satu benda yang sungguh bernilai di bawah kaki untuk dipijak ke sana-ke mari.
Walaupun sudah lama menginginkan satu pasang kasut yang baik, dan selalu memikirkan bagaimanakah rasanya memiliki se pasang kasut berjenama seperti Nike. Apa agaknya yang dirasakan oleh kaki ini bila dibaluti oleh sepasang sepatu berjenama ini? Rasa macam sebahagian daripada kaki? Rasa sentiasa hendak berlari? Rasa bersemangat untuk berjalan dan terus berjalan? Tidakkah kaki kita merasa lenguh, sakit dsb bila memakai kasut semahal ini?
Setakat ini saya belum memakainya untuk apa-apa aktiviti lagi. Jadi tidak dapat merasai lagi kenikmatan memakai sepasang kasut Nike yang hebat diiklankan di dada-dada majalah dan media massa. Kasut ini baru 2 hari menjadi milikku. Masih banyak tidur dalam kotanya lagi. Boleh jadi tak lama lagi..... tak lama lagi....
Recent Comments