Malam 27 Ramadhan. Malam penuh berkat. Malam kemungkinan Lailatul Qadr; Malam Kuasa lebih baik dari seribu bulan. Malam ini kami di Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan selepas berbuka di padang depan masjid.
Pada mulanya aku ingatkan jemaah maghrib akan bermula sebaik selepas berbuka dengan 3biji tamar sepertimana di banyak tempat. Tetapi dalam KEBIJAKSANAAN mengamalkan sunnah, sembahyang di lewatkan selepas SEMPURNA berbuka puasa. Jadi aku lihat kaum muslimin yang berbuka puasa di padang kebanyakannya ke Masjid untuk solat maghrib selepas puas berbuka dengan juadah dibeli di Bazaar Ramadhan berhampiran masjid. Yang tinggal adalah kaum muslimat dan ada yang sembahyang di atas padang..
Bayangkan jika JK Masjid bersikap buta tuli... Akan kelihatan padang depan masjid penuh dengan orang berbuka puasa sedangkan Solat Maghrib sedang berlansung... Alangkah buruknya. Syabas JK SAS...
Recent Comments